Sambutan Tahun Baru Masihi, Satu Pandangan

Posted by Muhd Issyam Ismail Sunday, January 10, 2010, under | 0 comments
Walaupun waktu yang dimaksudkan sudah lepas, dan ia juga hanya setahun sekali, saya rasa tidak salah untuk membincangkan perkara ini ( secara ringkasnya ) .

Pada 31 Dis yg lalu, saya ada menerima satu mesej yang mengatakan bahawa tahun baru merupakan perayaan bagi yahudi dan kristian dan hokum menyambutnya adalah fasik bagi mereka yang tidak tahu dan kafir bagi mereka yang tidak tahu. Memandangkan keadaan dunia hari ini , mesej telefon pun boleh jadi betul atau tidak betul .

Sambutan tahun baru memang tidak dapat dinafikan merupakan salah satu perayaan bagi kaum kristian. Akan tetapi, realitinya bagi sesetengah tempat seperti Malaysia,sambutan tahun baru merupakan satu sambutan yang berasaskan adat atau kebiasaan, tanpa ada bersangkut paut akan perayaan keagamaan kristian. Bahkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu yang sambutan tahun baru merupakan satu sambutan keagamaan bagi orang kristian.

Terdapat satu kaedah dalam Islam:

" Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

Dan:

"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).


Adakah ia bermakna sambutan tahun baru adalah diharuskan sepenuhnya?

Sebagai umat Islam , kita harus sentiasa sedar yang tahun baru bagi umat Islam adalah Muharram dan lebih meraikannya lebih daripada bulan Januari. Akan tetapi itulah yang menjadi masalah masyarakat Islam(kononnya) di Malaysia, mereka lebih meraikan Januari daripada Muharram.

Bahkan sambutan di Malaysia boleh dikatakan melampau kerana mereka menyambut Januari seperti satu perayaan yang besar, mungkin tidak semeriah Hari Raya, akan tetapi sambutannya menghabiskan berjuta-juta Ringgit ( ke lebih?), majlis yang tidak menjaga batas pergaulan diadakan seperti konsert dan menjerit tak tentu pasal terhadap suatu perkara yang tidak bermakna ( countdown ) .

Memandangkan Malaysia dan keseluruhan negara2 lain menggunakan calendar masihi sebagai kalendar bagi sistem pembelajaran, sector pekerjaan dan sebagainya, maka tidak salah jika kita merasakan ketibaan bulan Januari merupakan suatu perkara yang istimewa dengan mengucapkan selamat sesama manusia , bagi saya mungkin sekadar itu, tanpa perlu kita ke dataran untuk tengok konsert atau countdown.( Kalau pergi dataran sebab masuk skuad amar ma’ruf tu lagi bagus! )

Ringkasnya, tidak salah, dengan syarat, tidak melampui batas.

*Source Adapted and modified from zaharuddin.net

One Response to "Sambutan Tahun Baru Masihi, Satu Pandangan"