Latest News

Sambutan Tahun Baru Masihi, Satu Pandangan

Posted by Muhd Issyam Ismail Sunday, January 10, 2010, under | 0 comments
Walaupun waktu yang dimaksudkan sudah lepas, dan ia juga hanya setahun sekali, saya rasa tidak salah untuk membincangkan perkara ini ( secara ringkasnya ) .

Pada 31 Dis yg lalu, saya ada menerima satu mesej yang mengatakan bahawa tahun baru merupakan perayaan bagi yahudi dan kristian dan hokum menyambutnya adalah fasik bagi mereka yang tidak tahu dan kafir bagi mereka yang tidak tahu. Memandangkan keadaan dunia hari ini , mesej telefon pun boleh jadi betul atau tidak betul .

Sambutan tahun baru memang tidak dapat dinafikan merupakan salah satu perayaan bagi kaum kristian. Akan tetapi, realitinya bagi sesetengah tempat seperti Malaysia,sambutan tahun baru merupakan satu sambutan yang berasaskan adat atau kebiasaan, tanpa ada bersangkut paut akan perayaan keagamaan kristian. Bahkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu yang sambutan tahun baru merupakan satu sambutan keagamaan bagi orang kristian.

Terdapat satu kaedah dalam Islam:

" Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

Dan:

"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).


Adakah ia bermakna sambutan tahun baru adalah diharuskan sepenuhnya?

Sebagai umat Islam , kita harus sentiasa sedar yang tahun baru bagi umat Islam adalah Muharram dan lebih meraikannya lebih daripada bulan Januari. Akan tetapi itulah yang menjadi masalah masyarakat Islam(kononnya) di Malaysia, mereka lebih meraikan Januari daripada Muharram.

Bahkan sambutan di Malaysia boleh dikatakan melampau kerana mereka menyambut Januari seperti satu perayaan yang besar, mungkin tidak semeriah Hari Raya, akan tetapi sambutannya menghabiskan berjuta-juta Ringgit ( ke lebih?), majlis yang tidak menjaga batas pergaulan diadakan seperti konsert dan menjerit tak tentu pasal terhadap suatu perkara yang tidak bermakna ( countdown ) .

Memandangkan Malaysia dan keseluruhan negara2 lain menggunakan calendar masihi sebagai kalendar bagi sistem pembelajaran, sector pekerjaan dan sebagainya, maka tidak salah jika kita merasakan ketibaan bulan Januari merupakan suatu perkara yang istimewa dengan mengucapkan selamat sesama manusia , bagi saya mungkin sekadar itu, tanpa perlu kita ke dataran untuk tengok konsert atau countdown.( Kalau pergi dataran sebab masuk skuad amar ma’ruf tu lagi bagus! )

Ringkasnya, tidak salah, dengan syarat, tidak melampui batas.

*Source Adapted and modified from zaharuddin.net

Salah Sendiri, Salahkan Orang

Posted by Muhd Issyam Ismail Sunday, December 20, 2009, under | 3 comments
Walaupun malas itu hanyalah merupakan satu alasan . tetapi itulah satu2nya alasan kenapa blog ini berhabuk buat sekian lamanya.

Jumaat , 18 disember @ 1 muharram , usai solat Jumaat , macam biasa , aku mencari artikel2 free ( e.g hizbut tahrir ) dekat pintu masjid , maka terjumpalah satu artikel yang berbunyi:


Islamic scholar condemn football violence in Egypt

Doha: Noted Islamic scholar , Dr Yusuf Al-Qaradawi , yesterday described as devils those who introduced the game of soccer , while decrying the row between Egypt and Algeria over the World Cup qualifying playoff in Khartoum.

In his Friday sermon , the cleric came down heavily on Egyptian and Algerians indulging in violence in Cairo , Khartoum and Algiers.

Egypt won the match against Algeria in Cairo nearly a week ago, but due to the points system had to play with them again , in Khartoum . On Wednesday , losing 1-0 to Algeria.

This is the second time Algeria has qualified for the world cup soccer to be held in south Africa next year . in cairo , the Algerian football team was attacked after the match , while in Khartoum there was violence between Egyptian and Algerians spectators on Wednesday .

And since then Egyptian business and people based in algeriers are being targeted in mob attack , with arab leaders calling for calm. Egypt has recalled its ambassador from Algeria for talks and registered protest with the Algerian ambassador in cairo .

Al Qaradawi , who is respected all over the arab and Islamic world and heads the global association of Islamic scholars , said he was upset over the development , describing it uncalled for .

Who introduced this game of soccer , he wondered , describing them as satanic . Why should two brotherly arab country fight , that too , over a trivial game? He quizzed.

The Israelis must be mocking at us , Arabs . They must be happy hearing of people from two brotherly arab countries fighting with one another .

The cleric said people must realize that football is merely a sport and cannot resolve problems like unemployment which is rampant in the arab world .

And if winning the game we enter the paradise , the fight can be justified , but can we enter the heaven if we win a game of soccer?


(Sebelum apa2 , ingin sy mengatakan disini bahawa bukanlah sy ingin membangkang atau tidak bersetuju dengan pendapat Dr Yusuf , tapi ini merupakan sekadar pandangan ringkas saya terhadap isu ini. )


Segala perkara yang harus ( e.g bersukan ) adalah kekal sebagai harus selagi mana ia tidak melampau . Ini kerana didalam Al-Quran Allah berulang2 kali menyatakan kepada manusia supaya jangan melampaui batas .

Bagi saya, Dr Yusuf tidak boleh hanya menyalahkan si pencipta sukan bola sepak sahaja di atas perkara yang telah terjadi di antara Egypt(mesir) dan Algeria.

Sebagai contoh , bayangkan isu seperti ini terjadi diantara Malaysia dan Singapura , katakanlah bahawa Malaysia kalah di tangan Singapura dan tidak layak ke piala dunia . Adakah perkara sama akan terjadi di Malaysia sebagaimana yang terjadi di mesir dan Algeria?

Secara logik dan berasasnya sudah tentu TIDAK!

Tidak perlu saya nyatakan sebabnya kerana bukan sahaja tiada sejarah yang membuktikan rakyat Mas mengamuk atau mengganas disebabkan bola sepak, tetapi disebabkan oloeh sifat rakyat Mas itu sendiri yang terkenal dengan lemah lembut dan beradab sopan ( kalau bab politik , lainla , sape yang xnak mogok! ) . Bayangkan, Kerana Mas kalah dan tidak dapat ke piala dunia, adakah rakyat Mas nak serang kedutaan Singapura?? Menyerang rakyat singapore tak tentu arah?? Buat kacau kat KL? Atau berbalah macam anjing dan kucing disebabkan perkara itu?

ANIYAA!! NEHII!!!*

Apa yang ingin saya katakana disini ialah , perangai dan sikap orang arab ( in this situation , the Egyptians and Algerians who are involved in the violence) itu sendiri yang membawa kepada masalah tersebut.

Siapa yang tidak tahu akan budaya arab yang keras dan kasar? Didalam sesetengah perkara , biadap dan kurang ajar?

Jikalau kita mendidik anak2 kecil kita dengan cubitan dan rotan ( yg tdk kuat ) , mereka tamper je!

Jikalau kereta rakyat Mas lekuk sikit je kat pintu, mereka tak cat baru dah, dengan pintu2 diorg tukar(free, orang yang langgar bayar, lantak la sape pun,kawan atau lawan! )!! Tapi di Arab , kalau kereta tiada kesan lekuk memang tidak sah . SEBAB DIORANG MAIN LANGGAR JE!!!yang penting kereta boleh jalan.

Rakyat Mas , kalau badan kecik dari orang arab, kalau pergi belajar kat mesir , memang konfem, kene maki hamun dan dibuli diorang!!!!

Jadi, tak pelik la kalau pertumpahan darah berlaku di mesir dan Algeria hanya disebabkan bola sepak! Mereka( yang buat kekacauan ) memang begitu , ingin mencari pasal dan mencari pasal memang sikap mereka!

Apa yang baik itu daripada Allah , yang kurang itu minni.....


Kaji selidik mengenai perangai orang arab diceritakan oleh sahabat handai saya yang belajar di mesir sendiri, bukan rekaan semata2.




*Aniyaa- tidak ( korea )
Nehi – tidak (India) ye ke?

Disclaimer
Tajuk tidak merujuk kepada sesiapa.Hang makan cili takkan aku yang terase pedasnye?!

Meniru dlm exam .... xberkat atau xhalal(haram)?

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, November 16, 2009, under | 1 comments



(versi ayat skema, walaupun tajuk tidak skema)

Terdetik hati saya untuk menulis tentang perkara ni apabila terbaca satu post tentang meniru oleh sahabat saya.

Teringat akan kata2 Prof Alsagoff

You can look up for inspiration
you can look down for desperation
but you cannot look left and right for information
(betul ke? nanti marah anak murid dia, hehe)

Exam.....
tak pelik kalau kita tengok banyak orang yang meniru. Macam2 cara la katakan. Dari zaman kita sekolah rendah lagi( tadika pun meniru ke?). Akhirnya benda tu sudah menjadi satu rutin apabila exam sampai guru2 pun dah malas nak layan.

Saya bukan apa, tapi salah satu prinsip hidup saya ialah pantang meniru! jangan sesekali pun meniru!!!

Dulu masa sekolah menengah, Ust Abdul Rahman( guru kesayangan bebudak mtaq) pernah cakap di dalam kelas, yang jangan meniru. dia bagitau dengan nada biasa je, tapi dia bagi contoh,

kalau kamu meniru, macam masa SPM kamu meniru, maka result yang yang kamu dapat, sudah tentu hasil dari kamu tiru orang, maka result tu apa status dia???
tak payah pikir banyak la , bukan tak berkat dah , haram(dapat dengan cara yang haram, iaitu meniru)!!!!

maka nanti kamu pergi universiti dengan result yang haram, kamu dapat kerja dengan result yang haram.

Dapat la kamu gaji, buat makan, bagi mak ayah, anak bini,

Tapi malangnya, secara asasnya, kamu dapat dengan cara yang haram(meniru) , maka gaji tersebut......? paham2 je la




Lebih kurang macam tu la kata2 dia.Kata2 dia tu saya ingat sampai hari ni buat ingatan kat diri ini. Tak payah nak cari dalam kitab2 dah hukum meniru dalam exam. Ingat contoh dia pun dah jelas.

Ye la, siapa yang nak makan makanan dengan duit yang haram? siapa yang nak sara parents anak bini dengan duit yang haram?







*(orang panggil meniru toyol? baru tau la pulak. haha)

Sejak bila pulak?

Posted by Muhd Issyam Ismail Wednesday, November 11, 2009, under | 2 comments


Semasa Dr Asri kene tangkap dulu, paper cakap dia disabitkan menyebar pahaman yang bertentangan dengan pahaman ahli sunnah wal jamaah(aswj) , yang mana di antara amalan mereka (aswj) ialah tahlil, membaca yaasin untuk si mati dan sembahyang hajat(ada silap juz correct me)

Ni yang payah kalau penulis paper buta agama nih!!!!dah tau ilmu xde xyah la berlagak tahu.( memang kena dengan post sebelum , jahil , tapi xtau yang mereka jahil)

post ini bukanlah tujuan utk seolah2 membela Dr Asri, in fact, saya sebenarnya xsuka dgn Dr Asri sebab cara dia menyampaikan ilmunya terlalu kasar. Pernah dalam satu ceramahnya, dengan nada yang dia ingat orang bodoh sangat ke xpaham, menyindir salah satu imam mazhab tentang pendapat imam tu tentang batal atau tak wudhu' sentuh isteri.

berbalik kepada isu, sebenarnya kebanyakan amalan yang disebut oleh penulis yang xtau dia jahil tu asalnya lahir daripada budaya melayu itu sendiri. Terutamanya tahlil. Walaupun bagi mereka yang berpandangan kasar seperti Dr..... ,amalan ini adalah bid'ah, tetapi setakat perbincangan dengan guru2 mtaq dlu, benda tersebut dibolehkan bagi kemaslahatan, asalkan tidak melampau. (macam menggeleng kepala samapai nak tercabut masa baca tahlil)

Apa yang jelas, semua amalan yang penulis yang xtau dia jahil tu bukan daripada ahli sunnah wal jamaah. Menurut ilmu watashi yang cetek nih.

kalau salah, nak tegur pun bulehh....(nada zam)




*nak aje tulis pasal ni dari dulu, tapi memandangkan sibuk dengan exam paham2 je la

exam..............

Posted by Muhd Issyam Ismail Saturday, November 7, 2009, under | 0 comments
very busy week....

sampai nak menjenguk pun payah...

3 papers left....

after exam....

insayAllah....

potret mtaq 2002-2007

Posted by Muhd Issyam Ismail Saturday, October 24, 2009, under | 0 comments





Disebabkan kekurangan idea untuk posting , so post ini dibuat khas untuk sahabat2 mtaq.........


Generasi 21








SPM 2006




/>




merdeka!!!!!!


Usrah Abang Khairul Anuar



Kembara As-Syafie(lawatan sekolah)







tapi, yang ni kenangan yang paling mahal, hehe, jgn marah..... daulat tuanku.....(pic ade prob,so xjelas)





PERSAHABATAN ADALAH ANUGERAH
MEMBUAT KITA TERTAWA
MENANGIS , MENERIMA, MEMBERI,
DAN YG PALING PENTING,
IA MEMBUAT KITA MENGHARGAI HIDUP
JADILAH SPT EMBUN YG TUNDUK MENITISKAN KASIH SAYANG
SETIA MENYIRAMI KALBU KEGERSANGAN
DGN MUTIARA KESABARAN DAN KACA KEBENARAN

Pentingnya Kisah Hidup Seorang Dai'e

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, October 19, 2009, under | 2 comments
Akhbar Kosmo,18 Okt 2009 , Shah Kirit, Seorang pendakwah dan antara orang besar dalam syarikat Saba Islamic Media , mendedahkan bahawa tujuan dia masuk Islam kerana ingin mengahwini seorang perempuan Melayu Islam, juga kerana kecantikannya .

Jika kita renungkan di antara faktor kejayaan dakwah Nabi Muhammad S.A.W di dalam menyampaikan risalah Islam kepada orang kafir ialah disebabkan latar belakang Baginda yang begitu mulia itu sendiri.

Sewaktu kecil lagi, akhlak baginda amat dikenali oleh ramai penduduk Mekah termasuk juga para pembesar Quraisy. Siapa yang tidak kenal akan Nabi Muhammad SAW(sewaktu kecil) yang terkenal dengan sifat Al-Amin itu. Sesiapa pun sanggup memberikan amanah kepada baginda sehinggakan sewaktu bagnda menyampaikan risalah Islam, seorang kafir tanpa rasa segan silu meninggalkan amanah( barang ) kepada baginda. Malah, siapa yang tidak tahu akan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan isu perletakan Batu Hajarul Aswad.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkara2 inilah yang telah membawa kepada kejayaan dakwah baginda SAW. Maka, latar belakang seorang Dai'e amatlah penting di dalam menyampaikan dakwahnya.

Adakah saya seolah2 berpendapat bahawa hanya mereka yang mempunyai latar belakang yang baik sahaja boleh atau layak menjadi seorang pendakwah?. Tidak. Cuma , apa yang ingin saya katakan di sini ialah jika seseorang Dai'e mempunyai sejarah atau latar hidup yang negatif , yang boleh membawa kepada prasangka buruk manusia yang tiada had , maka dia haruslah sedaya upaya menyembunyikan atau menyimpan perkara tersebut .

Galakan supaya berlaku Hipokrit? tidak sama sekali kerana di dalam Islam , tidak semua perkara yang buruk atau yang tidak baik mesti didedahkan dengan tujuan untuk diambil pengajaran, Terdapat sesetengah perkara yang mesti ditutup atau diselindung.Sebagai contoh, luar daripada konteks seorang Dai'e , akhbar hari ini banyak menceritakan tentang kisah2 orang yang melakukan zina, rogol, khalwat dan sebagainya. Kesannya, tidak semua orang menjadikannya sebagai pengajaran, akan tetapi terdapat juga manusia yang semakin tertanya2, apakah itu zina? rogol? khalwat? bagaimana? . Maka cara mereka menyelesaikan persoalan mereka adalah dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Islam( paham2 je lah macam mane ).Pi mai pi mai tang tu , di akhirnya tetap sama zina, rogol dan khalwat.

Perkara yang buruk membawa kepada kesan, secara tidak lansung, yang tidak baik.

Jika, kita aplikasikan di dalam konteks seorang pendakwah, perkara yang tidak baik(kisah hidup) jika diketahui oleh orang yang didakwahnya, tidak semua dalam kalangan mereka akan bersangka baik. Maka mereka, mad'u(yang didakwah) , akan menjadikan perkata yang tidak baik itu sebagai hujah untuk mereka menolak dakwah beliau(dai'e) .

" eleh , dulu dia pun teruk , nak nasihat orang "

" cuba kamu teka kenapa orang tu jadi camtu? sebab dia nak kawin dengan orang Islam, xikhlas lansung!"

Kata2 seperti ini, tidak dapat dinafikan, akan timbul juga di benak fikiran orang ramai. Kita sebagai Dai'e tidak boleh menyalahkan mereka yang berfikiran cetek atau keras kepala menerima nasihat , kerana mereka juga seorang manusia. Maka , kelancaran seorang Dai'e didalam menyebarkan risalah Islam akan terganggu walaupun pada hakikatnya, itu hanya sejarah .

Tidak semua perkara yang tidak baik atau negatif dapat dijadikan sebagai pengajaran, maka hijabi(tutup) lah ia wahai anak Adam


*teguran atau kritikan dialu2kan jika terdapat silap dan salah, no offence .

*untuk justifikasi sila search - shah kirit+kosmo-

The defeat is very painful

Posted by Muhd Issyam Ismail Saturday, October 17, 2009, under | 3 comments


tarikh ni antara sejarah hitam sy , so pliz dont remind me after this.....


17 okt 2009.....

Walaupun nampak memalukan , tapi serius , sy memang xdapat tahan air mata sy , sy n abang sy kalah (double) kalah kpd pilihan kedua pertandingan , bukan sape , rakan team tennis sy jgk , abang akmal n pak adit.Kami pilihan ke-8 . Kami kalah hanya berbeza dua mata , dengan game 8-6 (quarterfinal).

Frust , sbb kami memang boleh menang , cuma sy n my bro byk buat silap in the game , faktor utama kekalahan hari tu .Sy memang nak sgt menang sebab nak buktikan kpd sume orang , walaupun tak sampai setahun sy berjinak2 dengan tennis , sy mampu berdiri sama tinggi dengan mereka yang sudah lama bermain tennis .



The result of the tournament


Mens double
Champion- Dwiputra/Abdullah ( pilihan pertama )
Runner up - Adit/Akmal ( pilihan kedua , yang kami kalah )

Women Single
Champion- ZAnti Dalilie(plhn ke3)
Runner up- Kak Najwani (plhn ke 2)

Our game


1ST ROUND - BYE
2ND ROUND - VS ASRI/KHUZAIRI WIN 8-1
QUARTERFINAL- AKMAL/ADIT LOSS 6-8




*gambar paling atas....federer menangis masa kalah australian open 2009 . ( mungkin tahap kesedihan kami hampir sama )

Al-Quran , dekatkah di hati?

Posted by Muhd Issyam Ismail Tuesday, October 13, 2009, under | 0 comments
Just a short discussion……




Tiada masalah sebenarnya dengan membawa Al-Quran didalam bentuk digital ke dalam tandas ( dalam handset or mp3 ) . Selagi mana benda tersebut tidak diniatkan untuk dijadikan sebagai mashaf Al-Quran. Tetapi si pemilik hendaklah menjaga kesucian ayat2 suci Al-Quran dengan menutup sound supaya ia tidak kedengaran di dalam ‘rumah suci ‘ syaitan itu dan menutup screen jika terdapat tulisan Al-Quran yang tertera pada alat tersebut .



Bandingkan sahaja dengan seorang Al-Hafiz , yang menghafal Al-Quran , maka ayat2 juga terdapat di dalam anggota mereka(otak ) . Jadi , takkan mereka kena keluarkan otak mereka dan tinggalkan di luar tandas .
Islam itu mudah .

*Terpikir nak beli handset myiman baru2 ni, tapi memikirkan mushaf kat bilik pun liat nak baca ……

Percayalah , dia student Syariah.....

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, October 12, 2009, under , , | 3 comments

Just a story untuk pengajaran........Hanya beberapa hari selepas kami masuk gombak , dalam bas , ondawe nak balik ke uia dari Closing Ceremony Asean University GAmes .

Ada seorang senior , for greater good , namakan sahaja F . Dia student law , dulu pernah jadi fscc di Matrik .

Dia duduk di sebelah kawan saya di depan seat saya . Sembang2 , brader tu promote pasal amik syariah kat uia. Cakap bukan main lebat , kita kena amik syariah la , bukan payah sangat la , malu kat orang yang amik la , berguna la . Senang cerita dia suruh kitorang amik syariah la .
Sejurus lepas tu , tiba2 dia beralih ke seat depan , sebelah seorang sister!!!!! Sembang dengan kepala rapat-rapat!!!!!!( masa closing ceremony pn, memang nampak diorang jalan sama2)
???!!!!!!
Kitorang yang dengar dia sembang tadi tercengang. Hipokrit betul mamat nih . Kitorang try la sangka baik , mane tau , bini dia ke , tapi memang sah tidak, just coupling . Dalam hati kitorang memang betul2 menyampah , kenapa la ada orang macam nih , baru je lepas cakap pasal Syariah . Tup2 perangai…….

Memang saya tak nafikan ramai lagi manusia perangai macam tuh ,perangai bertentangan dengan status dia sebagai pelajar Syariah . Biasa la . Cuma , saya tak pernah tengok live depan mata sendiri sampai macam tu sekali . Siap baru lepas dakwah pasal Syariah lagi tuh!!
Dalam hati memang nak je condemn lebih . Tapi mengenangkan diri yang mane tau akan jadi seperti mamat F nih . Na’uzubillah .

*Bila terserempak je dengan brader nih kat kuliah , rasa nak muntah je