Latest News

Mereka Jahil tp tidak tahu yang mereka jahil

Posted by Muhd Issyam Ismail Tuesday, September 29, 2009, under | 0 comments

Saya percaya , kita semua selalu jumpa manusia jenis nih dalam hidup kita . Di dalam taraf orang yang belajar , mereka merupakan taraf yang paling rendah sekali . Orang hindu kata kasta yang paling bawah sekali . Oghe kelate kato hok paling ppatak skali .

Setakat yang saya ingat ( semasa menulis artikel ni ) , taraf orang yang belajar selain daripada yang atas :

1.Orang yang tahu dan mereka tahu yang mereka tahu

2. Orang yang tahu dan mereka tidak tahu yang mereka tahu

3. Orang yang tidak tahu dan mereka tahu yang mereka tidak tahu

4. Orang yang tidak tahu dan mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu ( macam tajuk la)


Daripada apa yang saya lihat ( mungkin berbeza dengan pandangan anda ) , fenomena yang ke-4 ni , sebenarnya terjadi dalam kalangan orang cerdik pandai ( sebab tu la saya tulis artikel ni ).

Saya selalu jumpa orang yang begitu bijak dalam ilmu2 keduniaan ( selain daripada ilmu agama ) , yang tidak dapat dinafikan bahawa mereka adalah pakar dalam bidang yang mereka ceburi . Tetapi bila mereka membincangkan tentang hukum agama , berbekalkan ilmu yang sedikit dan pemahaman yang kurang , mereka begitu berani membahaskan tentang agama dan mereka merasakan pandangan mereka sentiasa betul walaupun pada ketika ia mungkin betul dan mungkin juga SALAH .

Pada asasnya , memang betul mereka dilabelkan sebagai golongan yang cerdik pandai ( ilmu dunia) dan pandangan mereka mungkin akan dipandang oleh masyarakat sebagai betul .

Tetapi , DENGAN HANYA MERUJUK BEBERAPA KITAB DAN BERSANDARKAN KEPADA HIPOTESIS SENDIRI TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENJADIKAN ENGKAU SEORANG YANG ARIF DALAM SEMUA PERKARA !

Inilah masalah orang sekarang , tau la dia ade phd atau master ( or degree ) , tapi bila bab2 agama “ tapi saya baca dalam buku ni macam ni “ “saya baca dalam buku tu macam tu , kamu salah ni”

Mulalah , tak nak terima pandangan orang lain , padahal itu yang benar .Ingat , mereka yang belajar dengan hanya bersandarkan kepada buku dan kitab ( tanpa guru ) ibarat belajar dengan syaitan!

Bagi saya lah ( tak tahu la kamu ) kalau tidak kerana mereka tidak tahu(yang mereka salah ) atau…..

EGO!

Tetap rasa betul walaupun mereka sendiri rasa mereka mungkin salah.

*Ini berdasarkan luahan hati kawan saya ( belajar di maahad ) tentang ayahnya( pensyarah uitm ) yang tidak mahu menerima pandangannya , walhal dia yang hantar anak dia belajar agama . ( BAIK XYAH HANTA!!!!)

*ini adalah pandangan saya , jika salah , saya tidak nafikan yang mungkin saya salah




Gakko no nippon : A brief facts about Japanese Education

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, September 21, 2009, under | 0 comments
Di jepun, pendidikan di gakko(sekolah) adalah wajib dan percuma untuk semua kanak2 dari gred 1 ( darjah 1 hinggalah ke gred 9 (tingkatan 3) . Walaupun sekolah tinggi tidak wajib , tapi lebih daripada 90% daripada populasi tetap bersekolah di sekolah tinggi .

Lebih daripada 2.5 juta pelajar berjaya memasuki universiti dan kolej . Pada masa lalu , proses pemilihan untuk ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi adalah amat susah dan dianggap sebagai neraka (hingga sekarang).

Kyouin(guru) merupakan profesion yang disanjung di negara jepun . Mereka mempunyai status social yang tinggi mungkin kerana pengiktirafan orang ramai terhadap tanggungjawab mereka yang penting . Masyarakat Jepun menganggap guru sebagai simbol kepada idea yang mereka sampaikan , mungkin sekali kerana tugas mengajar dikira sebagai petunjuk moral dan perkembangan pendirian kanak2 .Gaji mereka amat tinggi dan kehidupan mereka dijamin oleh pihak kerajaan .

Shogakko(Sekolah rendah) – 6 tahun – 12 tahun
Chugakko(Sekolah Menengah) – 12tahun – 15 tahun
Kotogakko ( Sekolah Tinggi) – 15tahun-18 tahun .

Inikah Siasah di Malaysia?

Posted by Muhd Issyam Ismail Thursday, September 17, 2009, under | 1 comments
Baru2 ni watashi tengok beberapa video berkaitan tentang politik . Terdapat beberapa video yang mana penceramah di dalam video2 tersebut mengeluarkan kata2 yang begitu ‘sedap’ di dengar dan penuh dengan ‘hikmah’ . Tidak kira dari pihak pembangkang atau pihak pembangkang kepada pembangkang .

Ada satu video , menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz , satu lagi memaki Tun Abdullah Ahmad Badawi , dan macam2 lagi .

Begitu hina sangatkah kesalahan mereka sehingga di’puji’ sampai macam tu sekali . Padahal , kita dan termasuk orang yang mengeluarkan kata2 ‘indah’ itu sekali , mengakui bahawa tokoh2 pemimpin kita , tidak kira daripada pembangkang atau tidak , telah mencurahkan banyak jasa kepada negara kita .

Betul , salah satu pihak mungkin ada membuat kesilapan atau kesalahan , akan tetapi , adakah itu contoh yang terbaik terhadap masyarakat dan rakyat?

Pantang pihak seberang buat silap hina
Pantang pihak lawan buat salah maki

Kesudahannya?


Generasi akan datang pun keje diorang memaki dan mencaci sahaja . Itukah harapan kita?


Orang berbudi , kita berbahasa . Bukankah itu peribahasa Kita?


*Sedangkan di dalam Islam pun , jika seseorang Ulama’ membuat fatwa yang salah , kita perlu Ihtiraam(hormat) , bukannya menghina atau men’jeh’ .


Siasah(arab)-Politik

Watashi(jepun)-saya

Jeh(klate)-maki, hina , keji

Ron 95 or Ron97?

Posted by Muhd Issyam Ismail , under | 0 comments
Pihak kerajaan telah menjadikan Ron95 sebagai gred utama minyak yang akan dipakai guna di negara ini . Kesannya , penjualan Ron 92 dihentikan , kecuali di segelintir stesen minyak dengan harga RM2.3, . Ron97 , sebagai minyak premium menggantikan Ron92, yang dahulunya RM1.8 dinaikkan ke RM2.05 ekoran daripada subsidi minyak tersebut telah dimansuhkan.

Sebenarnya Ron95 telah digunakan di kebanyakan negara Eropah dan Asia , Tetapi baru sahaja diperkenalkan di Malaysia , dan harga sebenar Ron95 sepatutnya dijual dengan lebih murah daripada Rm1.8 kerana harga minyak tersebut di pasaran antarabangsa adalah lebih murah .

Saya telah mencari di akhbar2 jikalau ada yang mengatakan bahawa minyak ini tahan lama@menjimatkan , akan tetapi mereka hanya menekankan bahawa minyak tersebut sesuai untuk semua kenderaan dan ianya mesra alam ( dari segi apa xtaula) . Tapi kebanyakan stesen minyak mengiklankan bahawa Ron95 yang dijual di stesen mereka menjimatkan dan menguntungkan para pengguna jalan raya . Contohnya “ formula penjimatan” di shell , walhal saya rasa masa Ron97 jadi minyak utama pun dia cakap macamtu juga. Itu la namanya mere puff( untuk bukan law student , sila amik law kalau nak tau).

Timbul persoalan , adakah minyak jenis ini sesuai untuk semua jenis kereta ? Kebanyakan pihak pengeluar kereta mendakwa bahawa Ron95 sesuai untuk semua kereta yang mereka keluarkan .

Contohnya Perodua , sehari selepas Ron95 dilancarkan , mengatakan bahawa Ron95 sesuai untuk semua kereta yang ia keluarkan tidak kira tahun pengeluaran .

Sebenarnya?

Tidak semua kereta sesuai menggunakan Ron95 , kerana sesetengah kereta mempunyai tahap minimum Ron yang boleh digunakan . Sebagai contoh , kereta A hanya boleh menggunakan minimum Ron97 , jika tidak , ia akan memberikan kesan jangka panjang terhadap enjin keretanya .

So, Ron95 or Ron97?


Lu tak boleh piki sendiri , lu kena pegi kedai Tanya maaa

* kereta gua cepat betul habis minyak bila pakai ron95 , tu yang panas tuh . ;-)

Sudah cukup baikkah usaha kita untuk dapatkan yang terbaik?

Posted by Muhd Issyam Ismail , under | 0 comments
Kebanyakan orang hanya tahu berangan sahaja bab2 benda yang yang menyenangkan hidup diorang .

Kereta mewah
Rumah besar
Result exam gempak
Keluarga bahagia

Tapi sebenarnya adakah dengan apa yang mereka lakukan sekarang , sudah cukup layak untuk mendapatkan benda2 tersebut?

Usaha , satu syarat yang perlu ada untuk mendapatkan sesuatu . Tanpanya apa yang diharapkan mungkin tak akan menjadi kenyataan . Allah juga telah menetapkan sebelum kita tawakkal , kita mestilah berusaha (Aali-Imran 159).

Realiti hidup hari ini , ramai yang merancang , tapi berapa ramai yang melangkah ke arah perancangan tersebut .
Nak result gempak2 , tapi pemalas , pergi kelas tak , exam meniru ( yang tu dapat , tapi tak berkat)
Nak duit banyak , tapi buat kerja sambil lewa dan tidak pernah usaha sendiri nak dapatkan lebih .
Nak suri rumah yang terbaik , tapi tak sekufu dari segi akhlak dan adab


Tapi………..

Manusia mempersoalkan , kenapa kadang2 orang tu tidak usaha pun tapi dia tetap dapat apa yang dia inginkan?

Pemalas( dan tak meniru ) , still , dapat gempak je dalam exam
Kerja tak , tapi poket penuh je .
Pergi kenduri kahwin , tapi tengok “ ish xpadan la diorang nih “


Itulah yang dinamakan kasih dan nikmat Tuhan kepada makhluknya,Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim . Maka jikalau seseorang itu melihat orang lain mendapat sesuatu perkara , maka dia tidak perlu mempersoalkan perkara tersebut . Kerana mesti ada sebab musabab yang kita tidak tahu . Bagi kes kita yang tak dapat , sebab musabab dia jelas, kita tidak berusaha .

Tetapi ia juga mungkin sebagai ujian daripada Allah kepada si penerima , adakah dia bersyukur atau tidak , adakah dia menggunakan nikmat tersebut di jalan yang benar atau tidak .

Duit banyak , tapi sayang, digunakan di jalan yang salah, sara pusat kasino , sara penjahat.

Result gempak , tapi sayang jadi lawyer yang menegakkan benang yang basah , engineer yang makan suap .


Jadi , apa yang kita mampu lakukan ?

“Berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendah diri dan suara yang lembut(takut)”
Al’A’raf 55




*apa yang kita dapat melalui usaha , konfem lagi puas hati!

Kisah Si Pemutus Kata

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, September 7, 2009, under | 1 comments

44. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.( Al-Maidah )



45. barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.( Al-Maidah)



47. Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah didalamnya .barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.(Al-Maidah)




Menahan sebak di dada , dia menutup mushaf di tangannya itu.Dia pasrah.Hanya Tuhanlah tempat terakhir dia mesti memohon petunjuk .Dia menunaikan solat Istikharah dan berdoa dengan hati yang menyerah memohon petunjuk dari Tuhannya yang menjanjikan azab bagi mereka yang kafir,zalim dan fasik .



Hukuman mati atau dibebaskan . Cuma satu yang perlu dia putuskan .



Tapi dia sangsi……..



Dia berhukum dengan hukum Allah atau hukum manusia (sivil)?



Adakah si pesalah itu bersalah atau tidak? , jika tak , adakah azab Tuhan akan menanti dia jika dia salah dalam memberikan hukuman?



Jujur dalam hatinya , dia sanggup melepaskan 10 orang yang bersalah daripada menghukum seorang yang tidak bersalah .



……………………………



Beeeeeep!!!



“Mahkamah bangun!!!!!!!!”




(kesudahan? Bak kata nabil , lu piki la sendiri , assalamualaikum)



*Based on true story di mahkamah sivil , tapi kene modified skit nak kasi effect lebih. ;-).




*Dulu time saya bagitau salah seorang ustaz mtaq yang saya akan amik law kat uia , dia ada baca satu hadis, tak ingat matan dia , tapi mafhum dia , barangsiapa yang terlibat di dalam urusan memberikan keputusan atau menjatuhkan hukuman ( dengan makna lain hakim) , sebelah kakinya sudah berada di dalam neraka.

Adakah aku ( dan kamu ) puas@bersyukur?

Posted by Muhd Issyam Ismail Wednesday, September 2, 2009, under | 5 comments
Dulu(sekarang insyaAllah tak),bila masuk Ramadhan je , ada salah satu benda yang kadang2 buat sakit hati , baca paper.
Bukan apa , Cuma kengkadang tu terbelek la kat bahagian yang orang buat ucapan untuk keluarga@kenalan di Malaysia , atau dengan makna lain , ucapan daripada mereka yang sekarang belajar@kerja kat oversea(western).

Apa salah diorang? Takde pun . Cuma dalam hati ini ada la sedikit timbul rasa iri hati @ tak puas hati sebab tak dapat jadi macam diorang (kadang2 keluar jugak air mata), Atas sebab2 peribadi bukan sebab result spm( dah habis ok dah result).Dulu dari kecil lagi nak sangat belajar oversea . haha .

Tapi baru-baru ni inni ada tengok video ceramah Ust Kazim Elias AlHafiz < bercakap tentang mereka yang tak tahu nak bersyukur terhadap apa yang Allah sudah bagi kat mereka@mereka yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada .

Kita tak pernah puas dengan bekalan dunia yang kita sedangkan kita seolah-olah sudah puas dengan bekalan yang kita telah kumpul untuk Akhirat . Cukupkah ?

Mereka yang hanya memandu kancil sering merungut tapi sedarkah mereka ada yang hanya memakai motor atau jalan kaki atau tiada kaki untuk berjalan?(ada juga yang merungut bila naik kancil , kecik la , tak selesa la , dasar tak tau kenang budi!)

Mereka yang tidak lagi kahwin sering merungut tapi sedarkah mereka bahawa ada perkahwinan yang menyebabkan mereka masuk neraka ( tidak mendidik isteri dengan betul dan melahirkan zuriat yang melakukan kerosakan atas muka bumi )

Ada Ibu bapa yang merungut terhadap anak mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran dan hanya duduk di rumah kerja pun entah ke mana,menganggur kat rumah . Tapi sedarkah mereka bahawa ‘anak yang itu’ lah akan sentiasa berada di sisi mereka di kala mereka sunyi dan keletihan,Malah ketika mereka akan nazak……..

Ada orang yang tidak puas hati tak dapat masuk universiti atau belajar luar negara , sedangkan masih ramai yang tidak dapat belajar di negara kita , atau terdapat jaminankah mereka dapat menjaga diri mereka dari maksiat di negara orang ? ( untuk diriku , boleh ke aku jaga Al-Quran? )

Ingatlah , percayalah , yakinilah bahawa apa yang Allah telah kurniakan untuk adalah yang terbaik untuk kita dan sesungguhnya terdapat seribu satu hikmah kenapa sesuatu itu berlaku ke atas kita.

*Sekarang , bila aku baca je bahagian ucapan tu lagi , aku hanya mampu sekadar senyum dan berdoa je ( aku akan , satu hari nanti! ):-)