Gakko no nippon : A brief facts about Japanese Education

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, September 21, 2009, under | 0 comments
Di jepun, pendidikan di gakko(sekolah) adalah wajib dan percuma untuk semua kanak2 dari gred 1 ( darjah 1 hinggalah ke gred 9 (tingkatan 3) . Walaupun sekolah tinggi tidak wajib , tapi lebih daripada 90% daripada populasi tetap bersekolah di sekolah tinggi .

Lebih daripada 2.5 juta pelajar berjaya memasuki universiti dan kolej . Pada masa lalu , proses pemilihan untuk ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi adalah amat susah dan dianggap sebagai neraka (hingga sekarang).

Kyouin(guru) merupakan profesion yang disanjung di negara jepun . Mereka mempunyai status social yang tinggi mungkin kerana pengiktirafan orang ramai terhadap tanggungjawab mereka yang penting . Masyarakat Jepun menganggap guru sebagai simbol kepada idea yang mereka sampaikan , mungkin sekali kerana tugas mengajar dikira sebagai petunjuk moral dan perkembangan pendirian kanak2 .Gaji mereka amat tinggi dan kehidupan mereka dijamin oleh pihak kerajaan .

Shogakko(Sekolah rendah) – 6 tahun – 12 tahun
Chugakko(Sekolah Menengah) – 12tahun – 15 tahun
Kotogakko ( Sekolah Tinggi) – 15tahun-18 tahun .

One Response to "Gakko no nippon : A brief facts about Japanese Education"