Baru2 ni watashi tengok beberapa video berkaitan tentang politik . Terdapat beberapa video yang mana penceramah di dalam video2 tersebut mengeluarkan kata2 yang begitu ‘sedap’ di dengar dan penuh dengan ‘hikmah’ . Tidak kira dari pihak pembangkang atau pihak pembangkang kepada pembangkang .
Ada satu video , menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz , satu lagi memaki Tun Abdullah Ahmad Badawi , dan macam2 lagi .
Begitu hina sangatkah kesalahan mereka sehingga di’puji’ sampai macam tu sekali . Padahal , kita dan termasuk orang yang mengeluarkan kata2 ‘indah’ itu sekali , mengakui bahawa tokoh2 pemimpin kita , tidak kira daripada pembangkang atau tidak , telah mencurahkan banyak jasa kepada negara kita .
Betul , salah satu pihak mungkin ada membuat kesilapan atau kesalahan , akan tetapi , adakah itu contoh yang terbaik terhadap masyarakat dan rakyat?
Pantang pihak seberang buat silap hina
Pantang pihak lawan buat salah maki
Kesudahannya?
Generasi akan datang pun keje diorang memaki dan mencaci sahaja . Itukah harapan kita?
Orang berbudi , kita berbahasa . Bukankah itu peribahasa Kita?
*Sedangkan di dalam Islam pun , jika seseorang Ulama’ membuat fatwa yang salah , kita perlu Ihtiraam(hormat) , bukannya menghina atau men’jeh’ .
Siasah(arab)-Politik
Watashi(jepun)-saya
Jeh(klate)-maki, hina , keji
Inikah Siasah di Malaysia?
Posted by Muhd Issyam Ismail
Thursday, September 17, 2009, under
Islam n our life
|
1 comments
cermin diri hiasi peribadi...
budi bhs bdya kita~~
leh wat ruangn kamus gak nih..ngee~