Adakah aku ( dan kamu ) puas@bersyukur?

Posted by Muhd Issyam Ismail Wednesday, September 2, 2009, under | 5 comments
Dulu(sekarang insyaAllah tak),bila masuk Ramadhan je , ada salah satu benda yang kadang2 buat sakit hati , baca paper.
Bukan apa , Cuma kengkadang tu terbelek la kat bahagian yang orang buat ucapan untuk keluarga@kenalan di Malaysia , atau dengan makna lain , ucapan daripada mereka yang sekarang belajar@kerja kat oversea(western).

Apa salah diorang? Takde pun . Cuma dalam hati ini ada la sedikit timbul rasa iri hati @ tak puas hati sebab tak dapat jadi macam diorang (kadang2 keluar jugak air mata), Atas sebab2 peribadi bukan sebab result spm( dah habis ok dah result).Dulu dari kecil lagi nak sangat belajar oversea . haha .

Tapi baru-baru ni inni ada tengok video ceramah Ust Kazim Elias AlHafiz < bercakap tentang mereka yang tak tahu nak bersyukur terhadap apa yang Allah sudah bagi kat mereka@mereka yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada .

Kita tak pernah puas dengan bekalan dunia yang kita sedangkan kita seolah-olah sudah puas dengan bekalan yang kita telah kumpul untuk Akhirat . Cukupkah ?

Mereka yang hanya memandu kancil sering merungut tapi sedarkah mereka ada yang hanya memakai motor atau jalan kaki atau tiada kaki untuk berjalan?(ada juga yang merungut bila naik kancil , kecik la , tak selesa la , dasar tak tau kenang budi!)

Mereka yang tidak lagi kahwin sering merungut tapi sedarkah mereka bahawa ada perkahwinan yang menyebabkan mereka masuk neraka ( tidak mendidik isteri dengan betul dan melahirkan zuriat yang melakukan kerosakan atas muka bumi )

Ada Ibu bapa yang merungut terhadap anak mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran dan hanya duduk di rumah kerja pun entah ke mana,menganggur kat rumah . Tapi sedarkah mereka bahawa ‘anak yang itu’ lah akan sentiasa berada di sisi mereka di kala mereka sunyi dan keletihan,Malah ketika mereka akan nazak……..

Ada orang yang tidak puas hati tak dapat masuk universiti atau belajar luar negara , sedangkan masih ramai yang tidak dapat belajar di negara kita , atau terdapat jaminankah mereka dapat menjaga diri mereka dari maksiat di negara orang ? ( untuk diriku , boleh ke aku jaga Al-Quran? )

Ingatlah , percayalah , yakinilah bahawa apa yang Allah telah kurniakan untuk adalah yang terbaik untuk kita dan sesungguhnya terdapat seribu satu hikmah kenapa sesuatu itu berlaku ke atas kita.

*Sekarang , bila aku baca je bahagian ucapan tu lagi , aku hanya mampu sekadar senyum dan berdoa je ( aku akan , satu hari nanti! ):-)

One Response to "Adakah aku ( dan kamu ) puas@bersyukur?"

  1. masyitah A.R
    Says:

    salam..
    yep. adakalanye kite xbsyukur ngn nikmat yg Allah bri sdgkn ade g yg lbey mmrlukan tp dorg xde pape...
    sal nk stdy kt overC 2, owg pn bcita2 n hrp sgt. mg 1 hr nt... insyaAllah.. doakn kjyn kite n mmbe len.. insyaAllah..

  1. Anonymous
    Says:

    ala..nk sakit ati apenye...ko leh gak wat slm perantauan..ko amk gmbr ko kt uia pstu send kt srt kabar..gerenti sok muke ko tersiar kt kolum tuh..haha

  1. Anonymous
    Says:

    uich..
    trase ak..
    phrgrph 5..
    hehe..

  1. Anonymous
    Says:

    Rasa syukur itu hanya nikmat orang benar2 merasainya...

    skang ramai je orang ucap mulut syukur tapi hati tak menghayatinya....

  1. Anonymous
    Says:

    Saya bersyukur kerana anda bersyukur berlajar dalam negara . Pendidikan di negara kita bukan lebih rendah mutunya drp pendidikan luarnegara.

    Lagi pun di peringkat 1st degree lebih baik di dalam negara. Apabila anda diperingkat post graduate anda bolehlah pergi ke luar negara kerana anda lebih matang,tidaklah anda diperangkap oleh perasaan remaja sehingga membuat keputusan yang tidak tepat dan membelakangkan ibubapa.

    Tengoklah ada di antara pelajar kita berkahwin sebelum mendpt ijazah dan ada juga yg gagal kerana menurut perasaan.

    Insyaallah Allah akan meyampaikan cita cita anda ke luar negara menyambung pelajaran. Ibu bapa mu juga faham perasaanmu . Mereka juga ingin anda mendapat Master dan PHD dari luar negara.