Mereka Jahil tp tidak tahu yang mereka jahil

Posted by Muhd Issyam Ismail Tuesday, September 29, 2009, under | 0 comments

Saya percaya , kita semua selalu jumpa manusia jenis nih dalam hidup kita . Di dalam taraf orang yang belajar , mereka merupakan taraf yang paling rendah sekali . Orang hindu kata kasta yang paling bawah sekali . Oghe kelate kato hok paling ppatak skali .

Setakat yang saya ingat ( semasa menulis artikel ni ) , taraf orang yang belajar selain daripada yang atas :

1.Orang yang tahu dan mereka tahu yang mereka tahu

2. Orang yang tahu dan mereka tidak tahu yang mereka tahu

3. Orang yang tidak tahu dan mereka tahu yang mereka tidak tahu

4. Orang yang tidak tahu dan mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu ( macam tajuk la)


Daripada apa yang saya lihat ( mungkin berbeza dengan pandangan anda ) , fenomena yang ke-4 ni , sebenarnya terjadi dalam kalangan orang cerdik pandai ( sebab tu la saya tulis artikel ni ).

Saya selalu jumpa orang yang begitu bijak dalam ilmu2 keduniaan ( selain daripada ilmu agama ) , yang tidak dapat dinafikan bahawa mereka adalah pakar dalam bidang yang mereka ceburi . Tetapi bila mereka membincangkan tentang hukum agama , berbekalkan ilmu yang sedikit dan pemahaman yang kurang , mereka begitu berani membahaskan tentang agama dan mereka merasakan pandangan mereka sentiasa betul walaupun pada ketika ia mungkin betul dan mungkin juga SALAH .

Pada asasnya , memang betul mereka dilabelkan sebagai golongan yang cerdik pandai ( ilmu dunia) dan pandangan mereka mungkin akan dipandang oleh masyarakat sebagai betul .

Tetapi , DENGAN HANYA MERUJUK BEBERAPA KITAB DAN BERSANDARKAN KEPADA HIPOTESIS SENDIRI TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENJADIKAN ENGKAU SEORANG YANG ARIF DALAM SEMUA PERKARA !

Inilah masalah orang sekarang , tau la dia ade phd atau master ( or degree ) , tapi bila bab2 agama “ tapi saya baca dalam buku ni macam ni “ “saya baca dalam buku tu macam tu , kamu salah ni”

Mulalah , tak nak terima pandangan orang lain , padahal itu yang benar .Ingat , mereka yang belajar dengan hanya bersandarkan kepada buku dan kitab ( tanpa guru ) ibarat belajar dengan syaitan!

Bagi saya lah ( tak tahu la kamu ) kalau tidak kerana mereka tidak tahu(yang mereka salah ) atau…..

EGO!

Tetap rasa betul walaupun mereka sendiri rasa mereka mungkin salah.

*Ini berdasarkan luahan hati kawan saya ( belajar di maahad ) tentang ayahnya( pensyarah uitm ) yang tidak mahu menerima pandangannya , walhal dia yang hantar anak dia belajar agama . ( BAIK XYAH HANTA!!!!)

*ini adalah pandangan saya , jika salah , saya tidak nafikan yang mungkin saya salah




One Response to "Mereka Jahil tp tidak tahu yang mereka jahil"