Ron 95 or Ron97?

Posted by Muhd Issyam Ismail Thursday, September 17, 2009, under | 0 comments
Pihak kerajaan telah menjadikan Ron95 sebagai gred utama minyak yang akan dipakai guna di negara ini . Kesannya , penjualan Ron 92 dihentikan , kecuali di segelintir stesen minyak dengan harga RM2.3, . Ron97 , sebagai minyak premium menggantikan Ron92, yang dahulunya RM1.8 dinaikkan ke RM2.05 ekoran daripada subsidi minyak tersebut telah dimansuhkan.

Sebenarnya Ron95 telah digunakan di kebanyakan negara Eropah dan Asia , Tetapi baru sahaja diperkenalkan di Malaysia , dan harga sebenar Ron95 sepatutnya dijual dengan lebih murah daripada Rm1.8 kerana harga minyak tersebut di pasaran antarabangsa adalah lebih murah .

Saya telah mencari di akhbar2 jikalau ada yang mengatakan bahawa minyak ini tahan lama@menjimatkan , akan tetapi mereka hanya menekankan bahawa minyak tersebut sesuai untuk semua kenderaan dan ianya mesra alam ( dari segi apa xtaula) . Tapi kebanyakan stesen minyak mengiklankan bahawa Ron95 yang dijual di stesen mereka menjimatkan dan menguntungkan para pengguna jalan raya . Contohnya “ formula penjimatan” di shell , walhal saya rasa masa Ron97 jadi minyak utama pun dia cakap macamtu juga. Itu la namanya mere puff( untuk bukan law student , sila amik law kalau nak tau).

Timbul persoalan , adakah minyak jenis ini sesuai untuk semua jenis kereta ? Kebanyakan pihak pengeluar kereta mendakwa bahawa Ron95 sesuai untuk semua kereta yang mereka keluarkan .

Contohnya Perodua , sehari selepas Ron95 dilancarkan , mengatakan bahawa Ron95 sesuai untuk semua kereta yang ia keluarkan tidak kira tahun pengeluaran .

Sebenarnya?

Tidak semua kereta sesuai menggunakan Ron95 , kerana sesetengah kereta mempunyai tahap minimum Ron yang boleh digunakan . Sebagai contoh , kereta A hanya boleh menggunakan minimum Ron97 , jika tidak , ia akan memberikan kesan jangka panjang terhadap enjin keretanya .

So, Ron95 or Ron97?


Lu tak boleh piki sendiri , lu kena pegi kedai Tanya maaa

* kereta gua cepat betul habis minyak bila pakai ron95 , tu yang panas tuh . ;-)

One Response to "Ron 95 or Ron97?"