Pentingnya Kisah Hidup Seorang Dai'e

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, October 19, 2009, under | 2 comments
Akhbar Kosmo,18 Okt 2009 , Shah Kirit, Seorang pendakwah dan antara orang besar dalam syarikat Saba Islamic Media , mendedahkan bahawa tujuan dia masuk Islam kerana ingin mengahwini seorang perempuan Melayu Islam, juga kerana kecantikannya .

Jika kita renungkan di antara faktor kejayaan dakwah Nabi Muhammad S.A.W di dalam menyampaikan risalah Islam kepada orang kafir ialah disebabkan latar belakang Baginda yang begitu mulia itu sendiri.

Sewaktu kecil lagi, akhlak baginda amat dikenali oleh ramai penduduk Mekah termasuk juga para pembesar Quraisy. Siapa yang tidak kenal akan Nabi Muhammad SAW(sewaktu kecil) yang terkenal dengan sifat Al-Amin itu. Sesiapa pun sanggup memberikan amanah kepada baginda sehinggakan sewaktu bagnda menyampaikan risalah Islam, seorang kafir tanpa rasa segan silu meninggalkan amanah( barang ) kepada baginda. Malah, siapa yang tidak tahu akan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan isu perletakan Batu Hajarul Aswad.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkara2 inilah yang telah membawa kepada kejayaan dakwah baginda SAW. Maka, latar belakang seorang Dai'e amatlah penting di dalam menyampaikan dakwahnya.

Adakah saya seolah2 berpendapat bahawa hanya mereka yang mempunyai latar belakang yang baik sahaja boleh atau layak menjadi seorang pendakwah?. Tidak. Cuma , apa yang ingin saya katakan di sini ialah jika seseorang Dai'e mempunyai sejarah atau latar hidup yang negatif , yang boleh membawa kepada prasangka buruk manusia yang tiada had , maka dia haruslah sedaya upaya menyembunyikan atau menyimpan perkara tersebut .

Galakan supaya berlaku Hipokrit? tidak sama sekali kerana di dalam Islam , tidak semua perkara yang buruk atau yang tidak baik mesti didedahkan dengan tujuan untuk diambil pengajaran, Terdapat sesetengah perkara yang mesti ditutup atau diselindung.Sebagai contoh, luar daripada konteks seorang Dai'e , akhbar hari ini banyak menceritakan tentang kisah2 orang yang melakukan zina, rogol, khalwat dan sebagainya. Kesannya, tidak semua orang menjadikannya sebagai pengajaran, akan tetapi terdapat juga manusia yang semakin tertanya2, apakah itu zina? rogol? khalwat? bagaimana? . Maka cara mereka menyelesaikan persoalan mereka adalah dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Islam( paham2 je lah macam mane ).Pi mai pi mai tang tu , di akhirnya tetap sama zina, rogol dan khalwat.

Perkara yang buruk membawa kepada kesan, secara tidak lansung, yang tidak baik.

Jika, kita aplikasikan di dalam konteks seorang pendakwah, perkara yang tidak baik(kisah hidup) jika diketahui oleh orang yang didakwahnya, tidak semua dalam kalangan mereka akan bersangka baik. Maka mereka, mad'u(yang didakwah) , akan menjadikan perkata yang tidak baik itu sebagai hujah untuk mereka menolak dakwah beliau(dai'e) .

" eleh , dulu dia pun teruk , nak nasihat orang "

" cuba kamu teka kenapa orang tu jadi camtu? sebab dia nak kawin dengan orang Islam, xikhlas lansung!"

Kata2 seperti ini, tidak dapat dinafikan, akan timbul juga di benak fikiran orang ramai. Kita sebagai Dai'e tidak boleh menyalahkan mereka yang berfikiran cetek atau keras kepala menerima nasihat , kerana mereka juga seorang manusia. Maka , kelancaran seorang Dai'e didalam menyebarkan risalah Islam akan terganggu walaupun pada hakikatnya, itu hanya sejarah .

Tidak semua perkara yang tidak baik atau negatif dapat dijadikan sebagai pengajaran, maka hijabi(tutup) lah ia wahai anak Adam


*teguran atau kritikan dialu2kan jika terdapat silap dan salah, no offence .

*untuk justifikasi sila search - shah kirit+kosmo-

One Response to "Pentingnya Kisah Hidup Seorang Dai'e"

  1. incek.loyer Says:

    shah kirit 2 ea?

    org ajk mse dy dtag UIA~

    ko xnk~

  1. Is
    Says:

    kalau aku pegi pun , mcm la ak dengar sangat...

    kira aku dalam kalangan yang kuat syak wasangka la

    hehe:p
    no offence