Meniru dlm exam .... xberkat atau xhalal(haram)?

Posted by Muhd Issyam Ismail Monday, November 16, 2009, under | 1 comments



(versi ayat skema, walaupun tajuk tidak skema)

Terdetik hati saya untuk menulis tentang perkara ni apabila terbaca satu post tentang meniru oleh sahabat saya.

Teringat akan kata2 Prof Alsagoff

You can look up for inspiration
you can look down for desperation
but you cannot look left and right for information
(betul ke? nanti marah anak murid dia, hehe)

Exam.....
tak pelik kalau kita tengok banyak orang yang meniru. Macam2 cara la katakan. Dari zaman kita sekolah rendah lagi( tadika pun meniru ke?). Akhirnya benda tu sudah menjadi satu rutin apabila exam sampai guru2 pun dah malas nak layan.

Saya bukan apa, tapi salah satu prinsip hidup saya ialah pantang meniru! jangan sesekali pun meniru!!!

Dulu masa sekolah menengah, Ust Abdul Rahman( guru kesayangan bebudak mtaq) pernah cakap di dalam kelas, yang jangan meniru. dia bagitau dengan nada biasa je, tapi dia bagi contoh,

kalau kamu meniru, macam masa SPM kamu meniru, maka result yang yang kamu dapat, sudah tentu hasil dari kamu tiru orang, maka result tu apa status dia???
tak payah pikir banyak la , bukan tak berkat dah , haram(dapat dengan cara yang haram, iaitu meniru)!!!!

maka nanti kamu pergi universiti dengan result yang haram, kamu dapat kerja dengan result yang haram.

Dapat la kamu gaji, buat makan, bagi mak ayah, anak bini,

Tapi malangnya, secara asasnya, kamu dapat dengan cara yang haram(meniru) , maka gaji tersebut......? paham2 je la




Lebih kurang macam tu la kata2 dia.Kata2 dia tu saya ingat sampai hari ni buat ingatan kat diri ini. Tak payah nak cari dalam kitab2 dah hukum meniru dalam exam. Ingat contoh dia pun dah jelas.

Ye la, siapa yang nak makan makanan dengan duit yang haram? siapa yang nak sara parents anak bini dengan duit yang haram?







*(orang panggil meniru toyol? baru tau la pulak. haha)

One Response to "Meniru dlm exam .... xberkat atau xhalal(haram)?"

  1. Anonymous
    Says:

    Ap yg Ust Abdul Rahman gtaw tu memg patot dpegang..as a muslim la.

    xberkat cam org xtakut sgt eh? kalu haram..uik kalu buat jugak xtawla..

    *baru tau psl toyol tu? same ar..huhu